Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, dalam serbuan tersebut polis merampas 26 biji pil eramin 5 serta 14 biji pil ekstasi.

“Kesemua 22 yang ditahan termasuk enam wanita berusia antara 13 hingga 30 tahun itu didapati positif dadah.

“19 daripada mereka disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala tiga lagi telah dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. UTUSAN ONLINE