Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam operasi yang berjalan selama lima jam itu, pihaknya dan SPAD memeriksa sebanyak 21 buah lori dan menimbang 10 daripadanya.

“Kita dapati 10 daripada lori yang diperiksa membawa muatan secara bahaya, manakala dua lagi membawa lebih muatan.

“Sesebuah lori yang membawa lebih muatan akan menjejaskan keupayaannya untuk berhenti atau mengelak apabila berlaku kecemasan lebih-lebih lagi dalam cuaca hujan atau dalam keadaan mendaki serta menuruni bukit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Zulkefly turut menasihatkan semua pengusaha atau operator lori supaya meletakkan keutamaan keselamatan melebihi kepentingan komersial. - UTUSAN ONLINE