Kesemua tertuduh yang berusia 17 hingga 57 tahun itu hanya mengangguk faham pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah tetapi tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 04 India Pulau Pinang antara 1 Januari 2015 hingga 29 Julai lalu dan didakwa di bawah Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah subseksyen sama.

Norsalha kemudian menetapkan 14 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Polis menerusi Op Cantas Tanjung yang dilancarkan bermula 1 Mei lepas berjaya menahan 24 lelaki ahli kumpulan berkenaan pada 18 hingga 22 Julai lalu di sekitar negeri ini dan Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE