Dalam nahas pada pukul 3.45 pagi itu, pemandu kenderaan tersebut, Ng Ah Siong, 43, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Toyota Camry dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pokok yang berada di kiri jalan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, dadah terbabit ditemukan di bahagian laci kenderaan yang terbalik serta remuk teruk itu.

“Semasa kejadian mangsa memandu seorang diri dari arah Bandar Batu Pahat menghala ke Rengit. Siasatan lanjut berkaitan kes dadah akan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Ujar beliau, kes kemalangan terbabit disiasat di bawah Seksyen 41(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE