Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusof berkata, pihaknya juga berjaya merampas beberapa peralatan judi serta wang tunai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM28,400 dalam serbuan yang dijalankan.

Katanya, kesemua yang terlibat akan didakwa dalam masa terdekat.

"Penguatkuasaan dijalankan di seluruh negeri bagi memastikan Negeri Sembilan bebas daripada aktiviti perjudian.

"Sebelum ini kita lebih tertumpu kepada judi siber tetapi kali ini kita memberi fokus kepada judi ekor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Nor Azman berkata, kegiatan judi haram itu dijalankan dengan pelbagai kaedah termasuk jualan melalui telefon dan pembelian melalui pengusaha judi ekor di kaki lima serta kedai-kedai kopi.

Dalam pada itu, beliau berkata, dengan penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan, sebanyak 135 premis hiburan dan keluarga di negeri ini telah bebas daripada aktiviti judi siber.  - UTUSAN ONLINE