Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, operasi tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil siasatan dan risikan terperinci selama hampir sebulan.

“Hasil semakan awal di lokasi mendapati semua tahanan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan mendapatkan pekerjaan di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang.

“JPN akan meneruskan operasi seumpama ini pada masa akan datang sehingga kegiatan pemalsuan dokumen pengenalan diri dapat dikekang sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007). - UTUSAN ONLINE