Polis
 

Mengetuai senarai tersebut ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh yang akan memangku gred VUYA5 Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) Gred A dengan mengekalkan jawatan sedia ada.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, turut dinaikkan pangkat ialah Timbalan Pengarah (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Abd. Aziz Yusof yang memangku pangkat Komisioner.

Jelasnya, turut terlibat ialah Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Azman Yusof akan menjawat jawatan baru sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dengan memangku pangkat Komisioner.

“Senior Asisten Komisioner (SAC) Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, Datuk Muhammad Az-Lee Abdullah akan menjawat jawatan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas, Datuk Yusoff Mohd. Amin pula akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Azman sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan, JPM dengan memangku pangkat Deputi Komisioner,” katanya dalam satu dalam kenyataan di sini hari ini. 

Senarai penuh pertukaran dan kenaikan pangkat pegawai-pegawai terbabit boleh dilayari menerusi laman Facebook Rasmi PDRM - UTUSAN ONLINE