Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Ismail Dollah berkata, hasil risikan lebih dua bulan itu, sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melakukan serbuan pada pukul 1.15 petang dan menahan seorang lelaki berusia 58 tahun dan wanita berumur 26 tahun.

Katanya, dadah itu ditemui disimpan dalam bekas bertutup di sebuah bilik rumah teres dua tingkat berkenaan.

“Dalam serbuan tersebut, polis merampas 1,483 pil disyaki ekstasi dan serbuk dipercayai menganduni ekstasi seberat 6.4 kilogram di rumah teres yang dijadikan transit untuk menyimpan dan membungkus dadah berkenaan.

“Kita percayai dadah yang dirampas ini untuk diedarkan ke pasaran Johor Bahru dan Seri Alam. Kedua-dua mereka ditahan reman enam hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya dala sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Seri Alam di sini sebentar tadi.

Ismail berkata, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis, wang tunai RM900 dan 82 alat mencetak pil tersebut. - UTUSAN ONLINE