Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, ketika pintu dibuka pada pukul 6.15 pagi itu, kedua-dua suspek itu secara tiba-tiba bertindak merempuh pintu lokap dan anggota polis itu sebelum melarikan diri melalui hadapan pejabat pertanyaan.

“Cubaan dua anggota polis yang bertugas ketika itu untuk menahan mereka gagal. Dua suspek itu melarikan diri melalui pintu hadapan dan terus ke laluan belakang balai dengan hanya memakai seluar dalam. 

“Operasi untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes mencuri kenderaan dan samun itu sedang giat dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Noor Hashim berkata, kedua-dua suspek yang melarikan diri ialah Muhamad Fidaus Irwan, 25, dan Nolmat Halil Abd Jalil, 34, yang terlibat dalam kes berasingan ditahan pada Rabu lalu.-UTUSAN ONLINE