Kedua-dua tertuduh, D. Kishendra, 24, dan K. Marthan Raj, 31, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hentian bas, Jalan Persiaran Sungai Danga, Perling pada pukul 7.50 pagi, 9 November lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang bukti yang membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda.

Kamarudin kemudian menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen. - UTUSAN ONLINE