Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Mohd. Ali Thamby berkata, kedua-dua remaja berusia 19 tahun itu ditahan awal pagi tadi selepas kegiatan mereka dikesan sepasukan polis dari Balai Polis Sri Damansara membuat rondaan.

“Hasil tangkapan terhadap suspek menemukan satu sepana yang dipercayai digunakan oleh kedua-dua suspek untuk memecahkan mesin wang kedai dobi,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali memberitahu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE