Leong Zhong Hen, 19, dan Fong Ling Chiaw, 20, mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin kepada mereka.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Na Kuan Yaw, 25, di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Austin Height 8/2, Taman Mount Austin pada pukul 2.30 pagi, 25 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadap Zhong Hen dan Ling Chiaw dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muha­mad Syafiq Mohd. Ghazali manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 23 Oktober ini untuk sebutan kes manakala kedua-dua remaja itu tidak dibenarkan diikat jamin.