NOR AZAM HUSIN
NOR AZAM HUSIN

Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, orang ramai yang melihat dan mengetahui lokasi suspek diminya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di talian 09-7867222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

“Kita memerlukan kerjasama orang ramai dalam usaha mengekang kes jenayah selain berusaha menyelesaikan kes-kes yang berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Pasir Puteh, di sini hari ini.

Menurutnya, dua remaja terbabit ialah Nik Muhamad Faizul Azwan Zulkefly, 19, beralamat Kampung Tualang Selising dan Muhamad Hafizul Amri Mat Hassan, 19, berasal dari Kampung Dalam Rhu, Semerak, dekat sini.

Katanya, kedua-dua mereka dikehendaki bagi menyelesaikan kes yang berlaku di Cherang Ruku di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Manakala seorang lagi suspek ialah Nor Azam Husin, 41, beralamat Kampung Bukit Abal, dekat sini, bagi menyelesaikan kes pecah rumah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE