Dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol buatan sendiri bersama dua butir peluru dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 34 tahun enggan membuka pintu rumah dan cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pasukan polis.

“Namun, cubaan dua lelaki tempatan itu meloloskan diri gagal apabila mereka diberkas polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dev memberitahu, siasatan lanjut mendapati, kedua-dua suspek memiliki beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan kes samun dan dadah.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan kedua-dua suspek dalam beberapa kes samun di Kota Samarahan dan Kuching.

“Usaha juga diteruskan bagi mengesan dan menangkap saki baki kumpulan terbabit susulan penahanan kedua-dua suspek berkenaan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 5 Mac ini untuk lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjat Api 1960,” ujarnya.