Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Stanley Jonathan Ringgit berkata, kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu di tangkap di rumah berasingan di Kuala Baram, di sini pukul 3.10 petang, semalam.

Beliau berkata, hasil tangkapan itu, polis menemukan semula satu set televisyen yang dilarikan dari rumah yang dipecah masuk.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek juga terlibat dalam beberapa lagi kes pecah rumah di sekitar taman berkenaan,” katanya ketika dihubungi fi sini, hari ini.

Menurut Stanley, suspek diberkas selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan imej mereka memanjat pagar di rumah yang disamun menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan curi. - UTUSAN ONLINE