Ketua Pengarah JKDM,­ Datuk Seri T. Sub­romaniam berkata, Mahkamah Ma­­jistret Seremban mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini terhadap kelima-lima suspek yang turut terdiri daripada dua pengawal keselamatan dan seorang orang awam.

Beliau menjelaskan, tangkapan dibuat sele­pas pihaknya membuat laporan polis eko­ran kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 3 pagi semalam.

“Kesemua suspek me­larikan tujuh kotak disyaki mengandungi dadah jenis ketamin dan heroin dengan anggaran berat sebanyak 50 kilogram (kg).

“Kontena yang dipecahkan merupakan kontena yang ditahan JKDM di Pelabuhan Barat, Klang baru-baru ini. Kontena tersebut dibawa ke Pejabat Narkotik Jijan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Pada masa sama, Subromaniam berkata, tindakan tegas termasuk buang kerja sekiranya didapati terdapat pegawainya terlibat dalam kes ber­kenaan, selain bakal berhadapan hukuman jenayah.

Menurut beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kemungkinan penglibatan pegawainya.

“Sehubungan itu, JKDM telah meningkatkan rondaan dengan meletakkan Pasukan Taktikal Bersenjata Kastam (Cobra) bagi memperketatkan lagi kawalan keselamatan di Pejabat Narkotik Jijan.

“Langkah-langkah memper­tingkatkan kawalan keselamatan turut dilaksanakan di semua stor barangan rampasan di seluruh negara,” katanya.