Perbuatan mereka itu walau bagaimanapun menerima padah apabila kedua-duanya yang masing-masing berusia 23 dan 40 tahun dan merupakan penduduk tempatan, diberkas anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri, semalam.

Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. berkata, dalam kejadian pukul 6.20 petang itu, polis merampas sebanyak 430 kilogram daun ketum yang diisi di dalam 18 buah guni, mengguanakan sebuah kereta.

Katanya, kesemua daun ketum yang bernilai RM12,900 itu diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Siasatan kita mendapati, penyeludup beralih menggunakan laluan itu, lebih-lebih lagi pada waktu hujan kerana sunyi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata Noor Mushar, kedua-dua lelaki yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih Rm 10,000.00 atau kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE