Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Noor Azmi Yusoff berkata, penahanan kedua-dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu dilakukan di Jalan Seksyen 10, Wangsa Maju sebelum menemukan 140.17 gram ganja dalam sampul surat milik seorang daripada suspek.

“Hasil daripada penahanan dan maklumat diperoleh, polis telah menyerbu sebuah rumah dan menemukan empat ketulan mampat ganja seberat 1.6 kilogram bernilai RM2,800” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Azmi, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati. - UTUSAN ONLINE