Dalam operasi kira-kira pukul 11 malam itu, dua lelaki berusia 29 dan 38 tahun berkenaan ditahan ketika menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemukan dadah itu di dalam beg sandang salah seorang suspek.

"Dadah itu jenis syabu dalam bentuk ketulan iti ditemukan dibungkus di dalam plastik lutsinar dan hasil siasatan lanjut, kedua-dua suspek mengaku memiliki bahan berkenaan.

"Ujian saringan air kencing turut mendapati mereka positif methamphetamine (syabu)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua suspek turut didapati mempunyai dua dan empat rekod lampau berkaitan dadah dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPT bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - UTUSAN ONLINE