Kedua-dua suspek itu ditahan susulan  tangkapan salah seorang daripada rakan mereka ketika melakukan kegiatan itu di Kampung Tok Suboh di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek pertama berusia 23 tahun ditahan di Taman Guar Perahu Indah kira-kira pukul 2 pagi manakala suspek kedua berusia 25 tahun ditahan di Taman Bukit Minyak kira-kira pukul 3.30 pagi.

"Kedua-dua mereka mengaku menjual semua kabel yang dicuri di sebuah setor barang lusuh di Sungai Rambai di sini pada November dan Disember tahun lalu.

"Hasil siasatan awal mendapti kedua-dua suspek lelaki itu mengaku terlibat kes curi kabel telefon sebanyak tujuk kes di SPT, dua di SPU dan satu di Baling, Kedah bersama seorang suspek yang sudah ditahan dan seorang lagi masih bebas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut ke atas kesemua suspek yang ditahan selain memburu seorang lagi yang masih bebas.

"Siasatan juga mendapati suspek berusia 23 tahun mempunyai lima rekod jenayah lampau manakala seorang lagi mempunyai empat rekod jenayah dan satu rekod berkaitan dadah," katanya.

Tambah beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE