Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam operasi pertama di Kampung Perlis di sini, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun bersama 924.2 gram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM16,300.

Katanya, operasi kedua di Ujung Batu di sini pula berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bersama 15.5 gram dadah jenis heroin bernilai kira-kira RM542.

Menurut beliau, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk kegunaan sendiri dan ujian air kencing kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis MOP dan methamphetamine.

DADAH jenis heroin yang dirampas daripada dua lelaki dalam operasi oleh polis daerah Seberang Perai

DADAH jenis heroin yang dirampas daripada dua lelaki dalam operasi oleh polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sekitar Butterworth, Pulau Pinang malam tadi. - UTUSAN ONLINE

“Mereka direman selama seminggu sejak semalam bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik berterusan dan agresif ke atas pengedar-pengedar dadah khususnya di daerah ini.


Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai dapat bekerjasama membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan mereka. - UTUSAN ONLINE