Kedua-dua suspek berusia 25 dan 35 tahun ditangkap di rumah mereka antara pukul 11 pagi hingga 8.30 malam dalam serbuan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Batu Pahat.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan narkotik di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tangkapan adalah untuk siasatan bersabit kes mencuri dengan menyamar sebagai jururawat dan mangsa ialah warga emas di Yong Peng seperti pernah dilaporkan pihak media," katanya ketika dihubungi, di sini sebentar tadi.

Pada 7 April lalu, seorang warga emas kerugian kira-kira RM25,000 selepas barang kemasnya dilarikan dua wanita yang berpura-pura membuat pemeriksaan terhadap penyakit kencing manis yang dihidapi mangsa. - UTUSAN ONLINE