Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dua lelaki berusia 28 dan 57 tahun itu ditahan bersama-sama sebuah trak tunda serta sebuah kereta jenis Honda Accord.

"Pihak Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau menasihati orang ramai untuk melaporkan kepada polis dengan segera jika ada mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa menarik kenderaan bagi pihak bank tanpa menunjukkan surat penarikan kenderaan yang dikeluarkan pihak bank. - UTUSAN ONLINE