Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, kedua-dua bot itu ditahan di kedudukan 185 batu nautika dari Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Menurutnya, semasa ditahan, bot tersebut sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat tunda ganding yang diharamkan.

“Setelah diperiksa, terdapat 22 awak-awak termasuk tekong berusia antara 16 hingga 45 tahun berada dalam kedua-dua bot berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, menemukan kira-kira 10 tan ikan pelbagai jenis disimpan dalam peti penyimpanan khas dalam kedua-dua bot itu,” katanya ketika sidang media di KOMTAS pagi ini.

Mengulas lanjut, Ismaili memberitahu, kesemua nelayan asing terbabit ditahan untuk kes disiasat lanjut mengikut Akta Perikanan 1985. - UTUSAN ONLINE