Kedua-dua mereka juga mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan alternatif menerima suapan daripada lelaki yang sama.

Konstabel Mohd. Ridzuan Sedali, 28, dan Lans Koperal Muhammad Nurulkiflee Abdul Shukor, 27, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, mereka secara bersama-sama didakwa meminta suapan wang tunai RM300 daripada seorang lelaki yang ditahan sebagai dorongan supaya tidak menjalankan ujian saringan air kencing dan memulangkan semula kad pengenalan lelaki itu.

DUA anggota polis , Konstabel Mohd Ridzuan Sedali, 28, dan Lans Koperal Muhammad Nurulkiflee Abdul S

DUA anggota polis , Konstabel Mohd Ridzuan Sedali, 28, dan Lans Koperal Muhammad Nurulkiflee Abdul Shukor, 27, mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen (Khas Rasuah) Johor Bahru, Johor, sebentar tadi atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tiga tahun lalu. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Mereka didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Balai Polis Mawai, Kota Tinggi pada 31 Mac 2016 antara 9.30 hingga 10 malam.

Pertuduhan kedua pula, kedua-duanya secara bersama-sama didakwa bersetuju menerima wang tunai RM300 itu daripada lelaki sama, bagi dorongan yang sama, di tempat dan waktu yang sama manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa meminta lagi suapan RM300 bagi tujuan sama daripada lelaki sama, di tempat sama pada 1 April 2016, kira-kira 4.40 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 17 (a) akta sama serta boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta SPRM 2009 selain dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE