Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, kedua-dua anggota tersebut telah dipindahkan ke jabatan lain.

“Tindakan awal telah diambil dengan memindahkan kedua-dua anggota ke jabatan yang tidak berurusan secara terus dengan masyarakat.

“Selain itu, kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka dan tindakan susulan akan menyusul,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke IPD Iskandar Puteri, di sini sebentar tadi.

Semalam, tular dalam media sosial sekeping gambar yang menunjukkan seorang anggota polis memegang tangan seorang wanita yang berpakaian seluar pendek dan bersinglet. - UTUSAN ONLINE