Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas bahan disyaki dadah jenis heroin 2.4 gram, syabu (1.1 gram) dan air ketum (250 gram) daripada 17 penagih yang ditangkap.

“Tangkapan dan rampasan barang kes dbawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU untuk tindakan lanjut.

“Kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 45 tahun juga didapati positif dadah dan akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan memiliki air ketum.- UTUSAN ONLINE