“Bagaimanapun, pihak kami sentiasa menjalinkan kerjasama utuh dengan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

“Kerjasama ini bertujuan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah lintas sempadan disepanjang kawasan Sungai Golok,” katanya.

Beliau berkata demikian program rondaan bersama RTMP dengan PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Turut hadir, Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Tiga, Inspektor Reduan Mohidin.

Sawadi memberitahu, kerjasama tersebut membabitkan pertukaran maklumat dalam membanteras perlakukan jenayah di sempadan. - UTUSAN ONLINE