Daripada jumlah tersebut, 15 merupakan lelaki warga tempatan serta masing-masing dua warga asing beragama Islam dari Indonesia dan Bangladesh berusia antara 35 hingga 68 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, Op Ekor itu dijalankan bermula 2 Januari lalu sehingga semalam hasil aduan orang ramai berikutan wujudnya kegiatan judi melibatkan umat Islam.

“Semalam kita telah menahan empat lagi lelaki Islam yang sedang membeli nombor ekor dan salah seorang daripadanya berumur 42 tahun membeli sehingga tujuh keping nombor ekor.

“Dalam serbuan itu pihak kami turut merampas 12 nombor ekor yang dibeli oleh pelanggan terbabit,” katanya ketika ditemui di pejabat JAIM, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE