Dalam serbuan pukul 11.45 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu, 19 yang ditahan merupakan wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, serbuan dijalankan selepas menerima maklumat awam.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 15 wanita warga China dan empat wanita warga Vietnam yang dipercayai masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Selain itu, dalam operasi tersebut kita turut memeriksa 54 lelaki dan 28 wanita tempatan yang mengunjungi premis hiburan berkenaan bagi mengesan jika mereka terbabit dalam sebarang kegiatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen atas kesalahan menggaji dan melindungi Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan Seksyen 11(7) akta sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan.- UTUSAN ONLINE