Operasi bersepadu yang turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertujuan menangani gejala itu yang dikatakan menular d kawasan pelabuhan dan jeti pendaratan ikan.

Pengarah Daerah Maritim 9, Kapten Maritim Zainol Abidin Jusoh berkata, turut ditahan termasuklah tiga pemandu bot berusia 20, 21 dan 40 tahun di satu lokasi di Sungai Kuang yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

“Mereka cuba melepaskan diri namun berjaya diberkas selepas berlaku bergelutan, dan pemeriksaan lanjut menemukan 104 biji pil kuda, tiga paket tiub mengandungi dadah jenis heroin dan satu tiub syabu.

“Kita akan siasat setakat mana penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut sama ada menjadi pembekal utama kepada golongan nelayan di sekitar kawasan ini “ katanya ketika di temui selepas berakhirnya operasi di sini hari ini,” katanya.

Menurut Zainol Abidin, ketiga-tiga suspek terbabit telah dibawa ke Pengkalan Maritim Kemaman untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada pihak polis

untuk tindakan lanjut.

 

Menurut beliau, operasi melibatkan seramai 120 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasaan itu turut bertujuan membanteras penyeludupan barang-barang kawalan dan menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui perairan Kemaman ini. - UTUSAN ONLINE