Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kesemua mereka ditahan menerusi Op Gegar yang bermula pukul 8 malam semalam.

"Selain mereka, turut ditahan ialah dua lelaki warga tempatan yang disyaki menjadi tonto dan memberi maklumat kepada premis-premis yang menjalankan aktiviti pelacuran.

"Pemeriksaan juga mendapati kesemua mereka masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan menjalankan aktiviti pelacuran dengan harga RM240 hingga RM640," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE