Kesemua tertuduh ialah R. Nagarajan, R. Ganesh, K. Ron Raniel; K. Balamuruli; V. Anith Kumar; P. Sharveswaran; R. Alagendran; S. Kanagadran; M. Sathish Varman; S. Sashi Kumar; G. Thiagu; S. Pandian; C. Navin Naidu; M. Neriendran; B. Seleveraj; M. Parwin dan L. Pravin Kumar masing-masing berusia antara 19 dan 38 tahun.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin.

Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan tersebut antara 1 Januari 2015 dan 8 April lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fadzlan Mohd. Noor manakala 11 daripada 18 tertuduh diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sepanjang prosiding, anggota Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dari Bukit Aman yang lengkap memakai topeng muka, berpakaian gelap dan bersenjata dilihat mengawal ketat di luar bilik mahkamah. - UTUSAN ONLINE