Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Abdul Aziz Ismail berkata, pasukan tersebut menemukan tujuh guni berwarna putih yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu di sekitar kawasan rondaan berhampiran Pos Sahara.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas lebih kurang 1,500 ikat daun ketum seberat 170kg dengan anggaran nilai RM15,300.

“Penyeludupan daun ketum ke negara jiran ini semakin berleluasa disebabkan permintaan dan harga yang tinggi yang mana sekilogram daun ketum berharga RM90,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Aziz, daun ketum yang dirampas telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. - BERNAMA