Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, pasukan Polis Marin Melaka telah melancarkan Op Gelora di kawasan tersebut hasil daripada maklumat awam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Johor, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua suspek bagaimanapun telah melarikan diri di dalam kawasan hutan berdekatan sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis.

“Hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai dua buah lori muatan tiga tan, sebuah bot pancung dan empat buah bot enjin sangkut. Di dalam bot berkenaan terdapat sejumlah rokok tidak sah iaitu sebanyak 17,000 karton yang bernilai RM1.7 juta termasuk cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pasukan Polis Marin berhubung kejayaan rampasan tersebut di Markas Taktikal (Martek) Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Kuala Linggi dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE