Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 39 tahun ditahan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri semasa melaksanakan operasi khas sehingga 4 September lalu.


Menurutnya, pelbagai jenis dadah dirampas iaitu heroin seberat 825 gram (g), syabu (257g), ganja (138g), pil ekstasi (10 biji) dan pil eramin 5 (15 biji) yang dianggarkan bernilai RM46,082.


“Pihak polis turut merampas enam motosikal, barangan kemas dan wang tunai dengan jumlah Sitaan bernilai RM17,569.


“Serbuan yang dijalankan juga berjaya mengesan dua kenderaan curi iaitu motosikal jenis Ducati dan Yamaha yang dilaporkan hilang sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Noor Azam berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati 15 daripada mereka positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.


“Kesemua suspek ditahan reman bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan,” katanya. - UTUSAN ONLINE