MOHD. FAUDZI CHE MAMAT (kanan) menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang selepas merasmikan Mesyuarat PIBG SK Kampung Berangan di Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin. UTUSAN/HAPIZAH AZIZ

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat berkata, jumlah itu tidak termasuk 6,000 penagih berulang yang dikesan setakat ini dan situasi mungkin bertambah serius memandangkan kemunculan penagih baharu dianggarkan bakal mencecah sebanyak 10,000 orang setiap tahun.

“Banyak peruntukan dan pelbagai langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengekang peningkatan jumlah penagih dadah namun gejala sosial ini terus berlanjutan dan menjadi masalah kepada semua pihak.

“Perkara ini berpunca daripada ba­nyak faktor dan jika tidak dikekang, isu dadah bakal menjadi sangat serius,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Berangan, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Ab. Aziz Abdullah; Penaung PIBG SK Kampong Berangan, Datuk Sukri Mohamed dan Yang Dipertua PIBG SK Kampung Berangan, Datin Rapiah Mat Zin.

Mohd. Faudzi dalam pada itu berkata, walau apa pun langkah penyelesai­an diambil kerajaan bagi membanteras dadah, ibu bapa sebagai pihak yang paling dekat dengan anak-anak tetap memainkan peranan terbesar.

“Selalulah periksa beg dan poket seluar mereka supaya dapat dipastikan tiada barang terlarang. Sebagai ibu dan bapa, kita tidak boleh mengharap guru untuk mengambil alih penjagaan anak-anak,” katanya.