Menurut Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Sarawak, Abdul Hafidz A. Rahim berkata, kasut tiruan pelbagai saiz tersebut dijual kepada orang ramai dengan harga RM50 sepasang.

Katanya, bertindak atas maklumat mereka menyerbu penjual berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

“Kita merampas pelbagai jenis kasut jenama Adidas sebanyak 88 pasang manakala Nike 80 pasang dengan nilai keseluruhan berjumlah RM8,400.

“Mereka menjualnya dengan harga murah untuk melariskan dan mengaut keuntungan daripada jenama berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, harga kasut berjenama itu jika di pasaran sebenarnya adalah sekitar RM200.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)b Akta Perihal Dagangan 2011.

“Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi individu manakala RM15,000 (syarikat) untuk setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE