Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Omran Omar berkata, operasi pukul 11 malam dan berakhir pukul 4 pagi itu menyaksikan 274 orang warga asing diperiksa dengan kerjasama dari Jabatan Imigresen Negeri Sembilan.

“Dalam Op Gegar, pasukan operasi telah melakukan pemeriksaan di pusat urut dan spa. Seramai 19 orang warga asing telah diperiksa dan 10 daripadanya telah ditahan.

“Manakala dalam Op Ikrar pula, seramai 255 orang warga asing telah diperiksa dengan 156 orang daripadanya ditahan untuk siasatan lanjut. Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang merupakan majikan kerana cuba melindungi PATI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Omran menjelaskan, kesemua yang ditahan telah dibawa ke Depot Tahanan Semenyih bagi siasatan lanjut. - UTUSAN ONLINE