Menurut sumber, kesemua individu tersebut yang masing-masing berusia lingkungan 29 sehingga 47 tahun ditahan di antara pukul 6.30 pagi dan 5.30 petang.

“Mereka semua ditahan secara berasingan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah. Antara yang ditahan adalah termasuk dua wanita,” katanya di sini hari ini.,

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati, kesemua suspek terlibat dalam memberi dan menerima rasuah bagi menyelesaikan saman, prosedur keselamatan jalan raya dan pemalsuan lesen memandu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan kesemua penahanan tersebut.

“Kesemua mereka akan direman di Mahkamah Pulau Pinang, Shah Alam dan Kota Kinabalu hari ini,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE