Ketua Polis Daerah, Superintenden Mazlan Hassan berkata, operasi dua hari tersebut merupakan satu kejayaan bagi pasukannya apabila menahan salah seorang suspek utama yang juga dipercayai menjadi pengedar dadah di daerah ini.

“Seramai 14 pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah terlibat dalam operasi ini setelah membuat risikan serta hasil maklumat orang awam.

“Kita menahan seorang pengedar dan 15 lelaki berusia 20 tahun hingga 50 tahun yang dipercayai terlibat dalam pelbagai aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mazlan, dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu 12.3 gram, heroin, 4.07 gram syabu, 3.98 gram ganja serta wang tunai RM650.

Katanya, kes disiasat di bawah peruntukkan Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952.

“Polis mengalu-alukan maklumat orang awam dalam usaha mencegah aktiviti penyalahgunaan dadah secara berterusan,” katanya. - UTUSAN ONLINE