Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM ) Daerah Maritim 8 menahan mereka ketika melakukan aktiviti menangkap ikan pada kedudukan 37 batu nautika dari Pulau Tioman.

Pengarah Daerah Maritim 8, Kapten Maritim Khoo Teng Chuan berkata, kesemua nelayan terbabit yang awalnya tidak menyedari anggota penguat kuasa maritim sedang menghampiri bot, cuba melarikan diri namun tidak berjaya.

“Hasil pemeriksaan terhadap kesemua nelayan yang berusia 16 hingga 64 tahun itu mendapati enam daripadanya tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, “ katanya ketika ditemui di Pengkalan Maritim Kemaman di sini hari ini.

“Kita juga turut menjumpai wang tunai RM10,000 yang dipercayai untuk membeli ikan yang dijual oleh nelayan tempatan kepada mereka,” katanya.

Beliau turut menambah berdasarkan kepada keadaan bot tersebut, pihaknya percaya kesemua nelayan tersebut baharu sahaja tiba di perairan negara untuk melakukan aktiviti haram tersebut.

“ Kita percaya mereka akan berada lama di perairan negara berdasarkan kepada jumlah minyak diesel yang dibawa, dan kita anggarkan dalam tempoh tiga minggu hingga sebulan, “ katanya.

Beliau menganggarkan bot dan peralatan menangkap ikan yang dirampas bernrilai RM1.5 juta. - UTUSAN ONLINE