Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, serbuan tersebut berjaya dibuat meskipun pihak operator judi haram cuba beroperasi secara sembunyi malah dengan waktu-waktu tertentu.

“Pasukan JSJ Miri diketuai Inspektor Nasrul Hadi Jahat telah menyerbu tingkat satu sebuah lot kedai di Jalan Desa Indah, Bandar Baru Permyjaya dan menangkap 10 orang termasuk dua penjaga warga asing pada pukul 6 petang.

“Selain itu, serbuan berasingan diketuai Asisten Superintenden Unang Giang di sebuah bilik terletak di belakang kafe di Jalan Pasar Lutong berjaya menahan enam orang termasuk dua penjaga wanita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek akan dipohon reman hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63. - UTUSAN ONLINE