Kesemua yang ditahan melibatkan 12 pemain dan empat penjaga premis berusia 25 hingga 47 tahun itu dalam operasi yang bermula pukul 10 malam tadi sebelum berakhir dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din, serbuan itu dilakukan berikutan maklumat diperoleh kegiatan itu masih berjalan di empat premis terbabit berdasarkan risikan pihaknya.

“Hasil daripada serbuan itu, kita merampas 66 komputer riba yang dijadikan sebagai alat perjudian dalam talian dan sistem kawalan utama selain empat modem.

“Turut dirampas RM848 hasil daripada urus niaga dijalankan oleh keempat-empat premis tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UTUSAN ONLINE