Ketua Jabatan Siasatatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, 78 serbuan dijalankan oleh anggota JSJ itu bermula 17 Julai lalu sehingga semalam. 


“Sebanyak 71 serbuan melibatkan judi nombor ekor haram, judi siber (empat serbuan) dan sabung ayam (tiga serbuan) di 22 daerah di negeri ini.


“Seramai 150 individu berusia antara 16 hingga 82 tahun yang mana 113 orang lelaki manakala 37 lagi wanita ditahan. Tujuh daripada mereka merupakan warga asing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Tambahnya, kesemua ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Ordinan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan 1962.