Ketua Pegawai AADK Daerah, Lokman Hakim Othman berkata, daripada 18 orang yang diperiksa, enam daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala sembilan orang  positif dadah jenis heroin.

"Operasi Perdana Siri 3/17  diadakan serentak di seluruh daerah di negeri ini. Di daerah ini buat permulaan ditumpukan di sekitar Kampung Tengah Cukai, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut," ujarnya di sini hari ini.

Operasi  diketuai Penolong Pegawai Unit Penguat Kuasa AADK Daerah Kemaman, Rahama Razak dibantu 5 orang kakitangan AADK dan 4 orang anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Cukai.

Lokman Hakim berkata, kesemua yang ditahan berumur 18 hingga 67 tahun diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman sebelum mendapat perintah tahanan reman.-UTUSAN ONLINE