Kumpulan PATI berkenaan termasuk dua wanita yang berpecah kepada tiga kumpulan dan bersembunyi dalam hutan dapat dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Op Landai.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua mereka ditahan da­lam operasi selama sejam bermula pukul 3 petang.

“Serbuan di tiga lokasi dalam hutan berhampiran pantai berkenaan berjaya menemukan seramai 13 lelaki berusia 13 hingga 47 tahun dan dua wanita berusia 30-an.

“Siasatan awal mendapati mereka berada dalam hutan terbabit sejak semalam dan menunggu bot pancung untuk pulang namun terkandas berikutan cuaca buruk dan kawalan ketat pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khon Chiang memberitahu, mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tidak mempunyai dokumen sah dan cuba keluar menerusi jalan tidak diwartakan.

Ujarnya, kesemua PATI dibawa ke ibu pejabat polis daerah di sini untuk siasatan lanjut dan kes dikendalikan pegawai penyiasat PPM Wilayah 2.