Timbalan Komendernya, Superintenden Shaari Ariffin berkata, kesemua PATI berusia antara dua hingga 44 tahun itu ditahan dalam Op Landai PPM ketika bersembunyi di kawasan hutan berkenaan antara pukul 4 hingga 6 pagi.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki, tiga wanita dan seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

"Semua PATI tersebut mengaku secara lisan ingin pulang ke Indonesia dengan menggunakan bot pancung melalui jalan yg tidak diwartakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Menurut Shaari, kesemua PATI ditahan bagi membantu siasatan mengikit Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 kerana keluar dan masuk negara ini melalui pengkalan yang tidak diwartakan. - UTUSAN ONLINE