Ketua Polis Negeri, Datuk A.Thaiveegan berkata, kesemua mereka ditahan dalam tiga kejadian iaitu dua di Jelutong dan Bukit Minyak di Seberang Perai Tengah (SPT).

Katanya, kesemua yang ditahan itu berusia di antara 21 hingga 51 tahun dan kini direman selama tiga hari.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) negeri, di sini hari ini.

Sementara itu, Thaiveegan memberitahu, polis menerima 44 laporan semalam membabitkan aduan terhadap SPR termasuk nama telah digunakan oleh individu lain untuk mengundi.

“Pada masa sama, polis telah membuka 26 kertas siasatan membabitkan kes-kes sebelum hari pengundian semalam," katanya.

Thaiveegan berkata, secara keseluruhan keadaan di negeri ini terkawal sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sehingga keputusan diumumkan malam tadi apabila tiada sebarang insiden keganasan serius berlaku.

“Bagaimanapun, polis masih belum menghentikan pemantauan sehinggalah kerajaan negeri dibentuk," katanya. - UTUSAN ONLINE