Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

133 PATI bersembunyi dalam hutan ditahan

SEBAHAGIAN pendatang asing tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan dekat ka
SEBAHAGIAN pendatang asing tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan dekat kawasan rumah kongsi di Cyberjaya, semalam. GAMBAR IHSAN IMIGRESEN

SHAH ALAM 9 Sept. – Taktik sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) bersembunyi dalam hutan bagi mengelak daripada ditahan pihak berkuasa tidak berjaya apabila 133 warga asing diberkas Jabatan Imigresen Selangor dalam serbuan di Persiaran Semarak Api, Cyberjaya, dekat sini pagi ini.

Dalam operasi empat jam bermula 12.30 pagi ke atas kawasan rumah kongsi itu, pihak berkuasa turut menahan dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Sela­ngor, Omran Omar berkata, ketika serbuan, kebanyakan penghuni rumah kongsi itu sedang tidur, namun selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa ada antara mereka cuba melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Apabila melihat sebahagian PATI cuba melarikan diri, anggota bertugas dengan pantas bertindak mematahkan cubaan mereka.

“Dalam serbuan itu, kita memeriksa seramai 384 warga asing dan menahan 133 daripadanya yang terdiri 92 lelaki dan 41 wanita melibatkan pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 107 warga Indonesia, 13 warga Ban­g­ladesh, tujuh Myanmar dan enam Pakis­tan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Omran menjelaskan, antara kesalahan dikesan terma­suk tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa dan menggunakan atau memiliki dokumen palsu ataupun yang telah dipinda.

“Hasil siasatan kita juga mendapati kebanyakan mereka menjadikan rumah kongsi itu sebagai tempat perlin­dungan sejak enam bulan yang lalu.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pe­jabat Jabatan Imigresen Selangor di Seksyen 14 di sini untuk tindakan lanjut,”ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain